Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Kenduri Kahwin Dikala Musim Koronavirus, Ini Yang Tuan Rumah Dan Tetamu Kena Buat

Cuti awal tahun sesi persekolahan telah pun bermula hari ini, 13 Mac 2020 sehingga 21 Mac 2020, dan dikesempatan itu ramai yang telah merancang untuk mengadakan majlis seperti kenduri kahwin.

kenduri kahwin dikala musim koronavirus, ini yang tuan rumah dan tetamu kena buat

Namun begitu, timbul kegusaran orang ramai untuk menghadiri majlis keramaian berikutan penularan wabak koronavirus ketika ini.

Advertisement

Memetik infografik oleh Unit Promosi Kesihatan JKN Kedah, terdapat garis panduan bagi tuan rumah dan juga tetamu ketika kenduri kahwin.

Tuan rumah atau penganjur perlu menyediakan tempat yang lengkap dengan air dan sabun bagi memudahkan orang ramai mencuci tangan, selain menyediakan kemudahan hand sanitiser jika mampu.

kenduri kahwin dikala musim koronavirus, ini yang tuan rumah dan tetamu kena buat

Bagi tetamu yang hadir pula, adalah dinasihatkan agar menjarakkan diri sekurang-kurangnya satu meter bila berhadapan dengan orang lain. Amalkan aktiviti mencuci tangan sekerap mungkin bagi mengurangkan jangkitan.

kenduri kahwin dikala musim koronavirus, ini yang tuan rumah dan tetamu kena buat

Dapatkan nasihat dan pemeriksaan oleh doktor dan pakar kesihatan jika anda mempunyai sebarang simptom-simptom COVID-19.

Untuk perkembangan lain berkenaan Covid-19, dapatkan maklumat terkini di sini.

Sumber: Public Health Malaysia / JKN Kedah

ERA Muzik Hit Terkini