Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Pesara Doktor Mungkin Dipanggil Bertugas Jika Kes COVID-19 Naik Mendadak

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, kerajaan mungkin akan memanggil semula pesara doktor perubatan atau pegawai perubatan yang berkhidmat dalam angkatan tentera, sekiranya kes COVID-19 meningkat mendadak di negara ini.

pesara doktor mungkin dipanggil bertugas jika kes covid-19 naik mendadak

Tindakan itu adalah bertujuan bagi meningkatkan sistem penjagaan kesihatan negara.

Advertisement

Bagaimanapun menurut Dr Adham, negara ini masih mempunyai bilangan doktor yang mencukupi bagi mengawal kes berkaitan COVID-19 serta masalah kesihatan yang lain.

Kementerian juga akan menempatkan 1,000 doktor pelatih di 44 hospital kerajaan, serta 830 jururawat lantikan kontrak bagi menambah kapisiti petugas di 135 hospital seluruh negara.

Tambah lagi, Malaysia juga menjadi salah sebuah negara yang mampu membangunkan vaksin termasuk COVID-19 bagi melindungi rakyat dinegara ini daripada maut.

Sumber: Awani

ERA Muzik Hit Terkini