Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah membuat perutusan khas berkenaan tindakan kerajaan dalam melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan bermula esok, 18 Mac sehingga 31 Mac ini.

Sehubungan dengan itu, penutupan semua premis kerajaan dan swasta kecuali yang terlibat dengan perkhidmatan penting negara (atau essential services) akan berkuat kuasa dalam tempoh ini bagi menyekat penyebaran wabak COVID-19.
Advertisement
Antara yang akan ditutup sementara mulai esok adalah pawagam utama di negara ini iaitu Golden Screen Cinema (GSC) dan juga TGV Cinema.


Orang ramai juga dinasihatkan untuk tidak panik sementara semua pihak sedang bertungkus-lumus membendung penularan wabak COVID-19. Selain itu, orang ramai juga diminta agar kekal berada di rumah dan kurangkan perjalanan khasnya pulang ke kampung.

Untuk perkembangan lain berkenaan Covid-19, dapatkan maklumat terkini di sini.