Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Selama 30 Tahun Merokok Sehari Satu Kotak, Paru-Paru Lelaki Ini Jadi Hitam. ''Pesakit Juga Mati Otak..''

Baru-baru ini tular video menunjukkan sekumpulan doktor mengeluarkan paru-paru dari seorang lelaki yang telah menjadi hitam gara-gara tabiat merokok.

selama 30 tahun merokok sehari satu kotak, paru-paru lelaki ini jadi hitam.

Advertisement

Kejadian berlaku di Wuxi People Hospital di Jiangsu, China, diketuai oleh Dr. Chen Jingyu bersama pasukannya mengeluarkan paru-paru untuk didermakan kepada sesiapa yang memerlukannya.

selama 30 tahun merokok sehari satu kotak, paru-paru lelaki ini jadi hitam.

Namun selepas melihat keadaan paru-paru tersebut, mereka memutuskan untuk menolak pendermaan organ itu kerana keadaan paru-paru yang sangat tidak sihat.

Penderma organ itu merupakan seorang lelaki berusia 52 tahun dan telah menjadi perokok tegar selama 30 tahun. Dalam masa 30 tahun itu, lelaki ini akan menghisap rokok sebanyak satu kotak sehari. Bagaimana pun, lelaki itu disahkan mati otak dan berhasrat mahu mendermakan organnya.

selama 30 tahun merokok sehari satu kotak, paru-paru lelaki ini jadi hitam.

Namun, selepas pembedahan organ, Dr Chen dan pasukannya terkejut melihat keadaan paru-paru penderma berkenaan yang tidak lagi boleh digunakan.

Sumber: Mirror

ERA Muzik Hit Terkini