Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Paru-Paru Runtuh Lepas ‘Tarik’ Lagu Tinggi Masa Karaoke

Seorang lelaki dari Nanchang, China dilaporkan runtuh paru-paru selepas menyanyikan sebuah lagu.

paru-paru runtuh lepas ‘tarik’ lagu tinggi masa karaoke

Advertisement

Lelaki berkenaan dikatakan menyanyikan lagu yang agak tinggi note, hingga menyebabkan beliau mulai rasa sakit dada. Bagaimana pun, beliau tidak mengendahkan rasa sakit itu sehinggalah keesokkan harinya.

Beliau yang mula risau dengan keadaan dirinya, segera ke hospital bagi memeriksa kesihatan.

Lelaki berusia 65 tahun ini berkata, beliau tidak pernah mengalami sebarang masalah untuk menyanyikan lagu terbabit, sehinggalah beliau mengalami masalah pernafasan selepas sesi karaoke.

paru-paru runtuh lepas ‘tarik’ lagu tinggi masa karaoke

Doktor yang membuat pemeriksaan mendapati, paru-paru lelaki ini telah runtuh akibat tekanan udara yang tinggi berpunca daripada nyanyian lagu yang tinggi note.

Sumber: SCMP

ERA Muzik Hit Terkini