Personaliti masakan popular, Nick DiGiovanni dan Lynn ‘Lynja’ Davis melakar sejarah apabila berjaya mencatatkan Guinness World Records kedua mereka dengan memasak nuget ayam terbesar di dunia seberat 20.96 kilogram (kg).

Menurut United Press International, cef selebriti itu pernah mencipta rekod pada November 2021 dengan menghasilkan pop kek terbesar.
Advertisement
Namun, mereka menyahut cabaran untuk kali kedua dengan memasak nuget ayam memiliki saiz 115 kali ganda lebih besar daripada nuget biasa.
Pelbagai barangan danbahan-bahan masakan yang digunakan termasuk 18kg ayam kisar, 40 biji telur, 40 keping roti putih, 1.8 liter susu, tiga perempat cawan serbuk bawang, tiga perempat cawan serbuk bawang putih, secawan garam dan setengah cawan lada hitam.
Malah, telur yang telah dipecahkan disapu di atas nuget dan disalut serbuk roti sebelum dibakar.
“Bagi membakar nuget ayam ini, kami terpaksa membina sejenis peralatan memasak khas,” katanya.
Rekod nuget ayam terbesar di dunia telah berjaya dicatatkan personaliti cef tersebut dan perkara tersebut disahkan serta diumumkan Guinness World Record.
Sumber: Kosmo Online