Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Pasangan Suami Isteri Terkejut Mereka Pernah 'Bertemu' Ketika Remaja

pasangan suami isteri terkejut mereka pernah

Kredit gambar utama: AsiaWare

Advertisement

Kita tak akan pernah tahu siapakah jodoh kita. Sama ada ianya suratan atau kebetulan, pasangan suami isteri di China terkejut apabila mengetahui yang sebenarnya mereka pernah 'dipertemukan' semasa muda remaja. 

Buktinya ada lah dalam sekeping gambar lama. 20 tahun lalu, Ye dan isterinya Xue pernah mengambil gambar di hadapan Dataran 4 Mei di Qingdao. Xue pergi ke sana bersama ibunya manakala Ye pergi ke sana dengan rombongan. 

pasangan suami isteri terkejut mereka pernah

Kredit: AsiaWire

pasangan suami isteri terkejut mereka pernah

Kredit: AsiaWire

Rupa-rupanya mereka ada di tempat yang sama dan salah satu gambar menunjukkan Ye ada di belakang Xue sewaktu dia posing di depan tugu arca di sana. 

Segalanya terlerai semasa pasangan ini mengemas barang lama mereka. 

“Saya pernah dengar isteri saya kata dia pernah melawat Qingdao. Saya juga pernah ke situ dan bergambar di dataran tersebut. Namun selama ini tidak pernah mengesyaki apa-apa.

"Apabila asaya melihat gambar itu, saya terkejut dan bulu roma saya berdiri… Itu adalah saya, itu adalah ‘pose’ saya, namun dari sudut berbeza,” ujar Ye seperti yang dipetik dari portal Sina News.

Sumber: Astro Awani and Mirror.co.uk

nak tahu apa haiwan buat bila tak ada orang lihat? kelakar weh !

ERA Muzik Hit Terkini