
Sebentar tadi telah berlangsungnya sidang media Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Terdapat beberapa jenis premis telah dibenarkan untuk beroperasi dalam pelaksanaan PKP ini.
Advertisement
Antara yang dibenarkan beroperasi ialah Pasar Malam. Operasi Pasar Malam dibenarkan dari pukul 4 petang hingga 10 malam. Bagaimanapun, SOP ketat akan dikenakan seperti penjarakan fizikal dan terdapat pengawasan RELA.
Intipati sidang media Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung pelaksanaan PKP.
— Astro Radio News (@AstroRadioNews) February 4, 2021
- Pasar Malam dibenarkan beroperasi dari 4 petang hingga 10 malam, berkuat kuasa esok, tertakluk kepada SOP ketat, seperti penjarakan fizikal dan adanya pengawasan RELA. pic.twitter.com/KO5uBS2vPP
Selain itu, kedai gunting rambut turut dibenarkan. Waktu operasi dibenarkan ialah sehingga 10 malam. SOP ketat dikenakan dan aktiviti cucian muka tidak dibenarkan. Selain itu, pusat cuci kereta juga dibenarkan beroperasi sehingga pukul 10 malam.
Aktiviti merentas daerah dan negeri masih tidak dibenarkan walaupun musim perayaan Tahun Baru Cina.
Sumber dan gambar: Astro Radio News