Skip to main content

Advertisement

Hiburan

PDRM Tubuh Pasukan Khas Kesan Individu Rentas Negeri Tanpa Kebenaran

Jika anda berkira-kira untuk merentasi negeri sempena Aidilfitri ini tanpa kebenaran polis, awas kerana anda mungkin akan dijejaki.

nak bernikah antara alasan diberi ketika mahu rentas negeri

Menurut Ketua Polis Negara, pasukan khas akan ditubuhkan bagi mengesan individu yang membuat pergerakan merentasi negeri tanpa kebenaran. Pasukan itu turut dianggotai oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang aka melakukan pemantauan di kawasan perumahan dan kampung seluruh negara.

Advertisement

"Arahan telah dikeluarkan kepada semua Ketua Polis Negeri untuk mengambil tindakan (pemantauan di seluruh negara).

"PDRM ada rekod siapa yang telah mendapat kebenaran rentas negeri dan siapa tidak," katanya kepada Bernama.

Orang ramai yang ingin melakukan aktiviti rentas negeri perlu melakukan permohonan di balai polis bagi mendapatkan permit terlebih dahulu. Bagaimanapun, permohonan tersebut perlu disertakan alasan yang wajar.

Sumber: Bernama

ERA Muzik Hit Terkini