Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Kalau Nak Raya Tahun Ni, Tolong Patuh Pada Perintah Kawalan Pergerakan Fasa Kedua Ini

Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa patuh kepada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekiranya mahu menyambut Hari Raya Aidilfitri dan menjalani kehidupan seharian seperti biasa.

kalau nak raya tahun ni, tolong patuh pada perintah kawalan pergerakan fasa kedua ini

“Ramai yang bertanya adakah PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) yang kedua ini akan diteruskan menjadi PKP ketiga dan keempat.

Advertisement

“Adakah bulan puasa nanti PKP akan terus dilaksanakan? Bolehkah kita berhari raya dan menjalani kehidupan seperti biasa. Jawapannya hanya tuan puan yang boleh memastikan tiada PKP ketiga, keempat, kita boleh berhari raya seperti biasa (atau tidak), semua bergantung kepada tuan dan puan sendiri.”, jawab Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Yaakob apabila beliau ditanya adakah PKP akan diteruskan kepada fasa seterusnya.

Menurutnya lagi, jika rakyat patuh kepada PKP, rangkaian wabak ini akan terputus dan ia akan memudahkan urusan ramai pihak dalam kehidupan seharian.

“Jika kita terus mematuhi setiap arahan dan prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan kerajaan, saya percaya ketakutan kita untuk sambungan PKP akan dapat diselesaikan,” katanya lagi kepada pemberita.

Terdahulu, Selangor juga telah mengumumkan pembatalan bazar Ramadan dinegeri tersebut untuk tahun ini bagi membendung penularan wabak COVID-19.

Sumber

ERA Muzik Hit Terkini