Skip to main content

Advertisement

Hiburan

[VIDEO] Disangka Beruang Betina, Seekor Beruang Peluk Dan Belai Patung

Seekor beruang jantan dilihat sedang memeluk dan mengucup sebuah patung kerana disangka beruang betina.

Doug Yarrow berjaya merakam saat itu ketika berada di kediamannya di Wyoming, Amerika Syarikat yang melihat beruang hitam itu berjalan-jalan di bahagian kolam rumahnya sebelum memeluk patung beruang yang diletakkan di situ.

Advertisement

Video itu memaparkan beruang itu cuba memeluk patung itu tetapi kecewa kerana tiada sebarang reaksi kepadanya.

“Beruang itu kelihatan seperti sedang mencari pasangan baharu. Ia menggeselkan tubuhnya pada patung tersebut.

“Selepas melihat aksinya itu, saya tidak dapat menahan ketawa,” katanya.

[video] disangka beruang betina, seekor beruang peluk dan belai patung

Tambahnya, rumahnya berdekatan dengan Taman Negara Grand Teton dan ia sudah menjadi kebiasaan apabila laman belakang rumahnya sering dikunjungi haiwan liar. 

Jadi, dia memasang kamera penjejak untuk langkah berjaga-jaga dan keselamatan buat dirinya.

Sumber: MailOnline

Oleh: Muhammad Izwan Zainal
 

ERA Muzik Hit Terkini