Bagi mengingatkan pemandu agar memperlahankan kenderaan mereka ketika di selekoh, seorang wanita nekad meletakkan sebuah patung wanita di hadapan rumahnya.

Patung yang dikenali sebagai Betty Goslow, diletakkan oleh pemiliknya, Caring Julia Askew, 59, di Gloucestershire Village, England. Menurut beliau, patung berkenaan juga menarik perhatian pemandu disitu yang akan memperlahankan kenderaan mereka setiap kali tiba diselekoh berkenaan kerana menjangkakan ia adalah wanita sebenar.
Advertisement

Menariknya, hampir setiap hari patung ini ditukarkan pakaian berbeza seperti skirt, kasut tumit tinggi, pakaian pemain tenis dan lain-lain lagi.


Sumber: SWNS