Pakar dari Dawn Goldworm, syarikat yang membuat kajian tentang neurologi, telah mencipta payung yang dikatakan boleh meningkatkan mood kita apa bila membuka payung berkenaan.

Payung berkenaan dicipta selepas mereka membuat soal selidik tentang perkara yang teruk terjadi selepas seseorang itu kembali daripada bercuti panjang.
Advertisement
Hasil daripada soal selidik berkenaan menunjukkan lebih daripada tiga perempat daripada mereka mengalami mood yang malas selepas kembali daripada bercuti.

Disebabkan itu, mereka mencipta payung yang membolehkan seseorang itu kembali ceria dan mood menjadi lebih baik.
Setiap kali payung berkenaan dibuka, sejenis bau yang boleh menaikkan mood dilepaskan menerusi teknologi mikro, dikenali sebagai ‘Balance’.

Cahaya yang dihasilkan daripada payung ini juga dikatakan boleh membuatkan seseorang itu menjadi ceria.
Sumber: UNILAD
