Lebih 20 ribu guru dipecat kerana gagal dalam ujian kelayakkan yang diberikan pada mereka, walaupun soalan tersebut pada asalnya adalah untuk kanak-kanak 10 tahun.


Advertisement
Kejadian yang berlaku di Nigeria ini telah dikongsikan di laman Twitter oleh Mallam Nasir Ahmad El-Rufai, yang juga merupakan Gabenor negeri Kaduna di Nigeria.




Perkara tersebut nyata membimbangkan dan sehingga kini sudah lebih 19 ribu permohonan telah diterima untuk menggantikan guru yang dipecat.
Menurut Unicef, Nigeria adalah negara yang paling ramai kanak-kanak tidak mendapat pendidikan secukupnya di dunia.
Sumber: Metro