Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Pemandu Bas Kena Pecat Sebab Bagi Monyet Dia Memandu

Seorang pemandu bas dari India dipecat daripada tugas selepas video dia membenarkan monyet peliharaannya memandu, tular dilaman sosial.

pemandu bas kena pecat sebab bagi monyet dia memandu

Pemandu berusia 36 tahun itu dilihat membenarkan seekor monyet yang dipercayai peliharaannya memegang sterring bas yang sedang bergerak laju.

Advertisement

Dipetik daripada AFP, pemandu yang hanya dikenali sebagai M.Prakash telah dipecat daripada tugas selepas video berkenaan tular.

“Keselamatan penumpang adalah keutamaan kami dan pemandu tidak sepatutnya merisikokan nyawa penumpang pada tangan seekor monyet” kata jurucakap daripada Kementerian Jalanraya di negara itu.

Ketika monyet berkenaan sedang memandu bas, terdapat lebih 30 penumpang dalam bas berkenaan.

Sumber: Asia One

nak tahu apa haiwan buat bila tak ada orang lihat? kelakar weh !

ERA Muzik Hit Terkini