Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Pegawai Bomba Cedera Parah Akibat Letupan Kebakaran Kilang Meninggal Dunia Di Hospital

Seorang pegawai bomba yang cedera parah akibat terkena letupan ketika operasi memadam kebakaran di sebuah kilang memproses habuk kayu, di Segamat pada Sabtu, disahkan meninggal dunia.

pegawai bomba cedera parah akibat letupan kebakaran kilang meninggal dunia di hospital

Advertisement

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor, Datuk Yahaya Madis berkata Allahyarham Mohd Firdaus Sulaiman, 32, menghembuskan nafas terakhir pada jam 4.15 pagi tadi di Hospital Segamat.

Setakat ini, jenazah masih lagi berada di Hospital Segamat dan  akan dikebumikan dalam waktu yang terdekat.

“Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Jalan Zaitun, Sikamat, Seremban, Negeri Sembilan.

“Allahyarham sudah 10 tahun berkhidmat sebagai Pegawai Bomba sejak 3 Disember 2012.

pegawai bomba cedera parah akibat letupan kebakaran kilang meninggal dunia di hospital

“Bersama-sama kita mendoakan semoga arwah ditempatkan bersama-sama orang beriman. Al-Fatihah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada Sabtu lalu, PB Mohd Firdaus dan anggota pasukan tindakan kecemasan (ERT) kilang, Mohamad Azuraini Mahrani, 40 cedera parah manakala seorang lagi pegawai bomba, Syed Putra Syed Mohd Al Atas, 52 melecur dalam kejadian itu.

Sumber: Awani
 

ERA Muzik Hit Terkini