Adalah menjadi satu perkara biasa apabila pengadil melayangkan kad kuning atau kad merah ketika perlawanan sedang berlangsung. Namun kita mungkin jarang melihat petugas skuad negara dilayangkan kad atas sebab melengah-lengahkan perlawanan.
Itu yang terjadi kepada seorang petugas perubatan negara kita apabila cuba membantu pemain yang sedang cedera, namun dilayangkan pula kad kuning oleh pengadil ketika perlawanan antara Malaysia menentang Thailand dalam saingan peringkat kumpulan AFC U-19, semalam.
Advertisement



Moment rare itu nyata menarik perhatian warganet yang rata-ratanya terhibur menyaksikan aksi pengadil dan petugas perubatan negara.
Malaysia layak ke pusingan akhir AFC U19 2020 selepas menang 1-0 menentang Thailand dan menjadi juara kumpulan.