Peguam, Mahmud Abdul Jumaat tampil memberi penjelasan semalam, dengan memaklumkan masih mewakili ibu kepada arwah Zayn Rayyan Abdul Mateen, yang kini ditahan reman sehingga 13 Jun depan.
Mahmud, yang juga merupakan seorang peguam dari Tetuan Emir Mahmud & Co itu berkata, keputusan mewakili Ismanira Abdul Manaf dibuat atas pertimbangan selepas beliau berjumpa dengan keluarga mereka.
Advertisement
"Apapun saya ucapkan terima kasih kepada keluarga Ismanira atas pencerahan yang dibuat dengan mengesahkan bahawa kami sememangnya membantu keluarga mereka dari awal kes.
Menerusi kenyataan sama, Mahmud turut menafikan pelantikan beliau sebagai peguam kepada ibu bapa Zayn Rayyan sebelum ini atas inisiatif pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti yang didakwa oleh Zahari Mohd Reba, datuk kepada kanak-kanak malang itu.
Tambah beliau, pada 31 Mei lalu keluarga bapa Zayn Rayyan menghubunginya pada jam 11 malam untuk memaklumkan bahawa ibu bapa kanak-kanak itu akan dibawa ke Mahkamah Petaling Jaya bagi permohonan reman.
Ujar Mahmud, beliau dengan ikhlas hati ingin membantu kerana bersimpati pada pasangan suami isteri yang sudah kehilangan anak dan kini direman atas sebab orang yang disyaki (OYDS).
Sumber Awani