Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Pekerja Dipaksa Makan Cacing Hidup Sebab Tak Capai Target Jualan

Ketika wabak koronavirus melanda dunia, banyak syarikat yang terpaksa menanggung kerugian sehingga ada yang gulung tikar, baik perusahaan besar mahupun kecil.

Meskipun begitu, ada syarikat yang tidak mempedulikan alasan koronavirus dan mengerah pekerja mereka untuk mendapatkan target yang telah ditetapkan.

Advertisement

Kejadian yang berlaku di China ini telah mengejutkan ramai pihak kerana syarikat berkenaan memaksa pekerja mereka untuk menelan cacing hidup gara-gara gagal mencapai target pasaran yang ditetapkan.

pekerja dipaksa makan cacing hidup sebab tak capai target jualan

Menurut laporan SCMP, pekerja-pekerja itu diberi pilihan sama ada mengeluarkan duit sebanyak 500 yuan (kira-kira RM300) bagi membeli sarapan kepada rakan sekerja, ataupun memakan cacing.

Disebabkan nilai 500 yuan itu terlalu banyak, ramai memilih untuk makan sahaja cacing. Tindakan itu dianggap adil oleh pihak syarikat kerana pekerja akan diberi ganjaran jika mereka menunjukkan prestasi yang baik.

Bagaimanapun, dua orang pengurus syarikat telah ditahan atas tindakan yang tidak berperikemanusiaan ini selepas video rakaman makan cacing itu tular di laman sosial.

pekerja dipaksa makan cacing hidup sebab tak capai target jualan

Kejadian ini bukanlah pertama kali seumpamanya berlaku di China kerana sebelum ini banyak lagi hukuman yang diberikan oleh syarikat kepada pekerja mereka.

Sumber: SCMP

ERA Muzik Hit Terkini