Seorang pekerja dobi di Shulan, China dilaporkan positif COVID-19 selepas dipercayai menyentuh pakaian yang tercemar, lalu menjangkiti 12 mangsa yang lain.

Menurut salah seorang ahli epidemiologi dari Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit China (CCDC), Wu Zunyou berkata pihaknya menerima laporan bahawa pekerja terbabit mempunyai banyak kontak rapat dengan pelancong dari Rusia antara 8 hingga 30 April lalu.
Advertisement
Wanita yang dijangkiti itu turut menjangkiti suami, tiga adik dan beberapa ahli keluarganya yang lain.
Bagaimana pun pihak CCDC masih lagi menyiasat punca jangkitan sambil tidak menolak kemungkinan ia datang daripada pakaian yang telah tercemar semasa wanita berkenaan mengendalikan dobi.

Sehingga 17 Mei, sebanyak 6 lagi kes baru jangkitan COVID-19 direkodkan di China, menjadikan jumlah keseluruhan kes kini sebanyak 82,947 kes dengan 4,633 kematian.
Sumber: Mirror UK