Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Pekerja Wajib Tunjuk Surat Kebenaran Pergerakan Ketika Sekatan

Semua pekerja yang perlu menjalankan kerja masing-masing ketika Perintah Kawalan Pergerakan ini perlu menunjukkan surat kebenaran pergerakan dari majikan masing-masing ketika sekatan jalan raya.

Menurut Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bagi kakitangan kerajaan, ketua setiausaha kementerian masing-masing akan mengeluarkan sura tersebut, manakala pekerja syarikat swasta perlu mendapatkannya daripada majikan.

Advertisement

"Saya harap majikan-majikan sila serahkan senarai nama pekerja-pekerja mereka ke balai polis yang berdekatan supaya mereka boleh mendapat pelepasan yang mudah sewaktu diperiksa  di sekatan jalan raya," katanya.

Tambahnya lagi, surat kebenaran itu juga bagi memudahkan mereka yang bekerja merentasi negeri.

"Kita faham ramai yang bekerja terpaksa bergerak antara negeri. Sebagai contoh ramai pekerja di Putrajaya ini datangnya dari Seremban.

"Ramai dari Shah Alam yang bekerja di Putrajaya dan ada juga mereka yang tinggal di KL (Kuala Lumpur) bekerja di Shah Alam. Jadi surat yang saya sebut tadi perlu diperolehi dan tunjuk pada pihak polis waktu sekatan jalan raya dan sebagainya," tambah beliau.

Sumber: Awani

ERA Muzik Hit Terkini