Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Pekerja Menang Saman Sebab Bos Bagi Kerja Membosankan

Seorang pekerja telah menyaman majikannya dengan dakwaan majikan tersebut memberinya kerja yang membosankan sehingga dia tertekan dan berhenti kerja.

pekerja menang saman sebab bos bagi kerja membosankan

Frederic Desnard yang berusia 48 tahun itu merupakan bekas pengurus syarikat minyak wangi di Perancis. Beliau telah memenangi kes tersebut dan telah menerima pampasan sebanyak AS$45,000 (RM191,835).

Advertisement

Densard telah menjawat jawatan tersebut sehinggalah tahun 2015. Bagaimanapun, sudah empat tahun dia berjuang menuntut haknya.

Selain itu, dia juga mendakwa syarikat itu lah yang menyebabkannya menderita penyakit epilepsy dan kemurungan akibat memberi kerja yang membosankan.

Berdasarkan Mahkamah Rayuan Paris, Desnard layak menerima pampasan tersebut kerana dia menderita bored-out yang secara teknikalnya bertentangan dengan burnout iaitu pekerja terlebih bekerja. Sebab tu lah mahkamah mengarahkan syarikat itu membayar 10% daripada tuntutan Desnard.

Uish, sampai macam ni sekali eh?

ERA Muzik Hit Terkini