Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Forum Ekonomi Dunia Jangka 85 Juta Pekerjaan Terjejas Hingga 2025

Pandemik COVID-19 nyata telah merubah lanskap ekonomi dunia.

forum ekonomi dunia jangka 85 juta kerja tidak lagi relevan hingga 2025

Hingga kini, semakin ramai yang mula terjejas pendapatan, dan ada juga yang telah diberhentikan kerja.

Advertisement

Ekoran daripada itu juga, Forum Ekonomi Dunia (WEF) telah menerbitkan Laporan Pekerjaan Masa Depan 2020 dengan menjangkakan kesan terhadap pekerjaan di dunia dalam masa lima tahun.

forum ekonomi dunia jangka 85 juta kerja tidak lagi relevan hingga 2025

Secara keseluruhannya, pekerja perlu mempersiapkan diri dengan skil baharu dan boleh bekerja dimana sahaja. Malah, 94% majikan juga mahu pekerja mempunyai skil baharu dalam menjalankan pekerjaan masing-masing.

Menurut laporan terbabit, antara pekerjaan yang dijangka terjejas dalam masa lima tahun ini adalah:

  • Kerani Kemasukan Data
  • Setiausaha Pentadbiran dan Eksekutif
  • Kerani Perakaunan, Pembukuan dan Gaji
  • Akauntan dan Juruaudit
  • Pekerja Perhimpunan dan Kilang
  • Pengurus Perkhidmatan dan Pentadbiran Perniagaan
  • Pekerja Maklumat Pelanggan dan Perkhidmatan Pelanggan
  • Pengurus Besar dan Operasi
  • Pembaikan Mekanik dan Mesin
  • Kerani Rakaman Bahan dan Penjagaan Stok
  • Penganalisis Kewangan
  • Kerani Perkhidmatan Pos
  • Jualan, Pemborong dan Pembuatan, Teknologi dan Sains
  • Pengurus Perhubungan
  • Penjual Bank dan Kerani Berkaitan
  • Penjualan dari pintu ke pintu, Berita dan Penjual Jalan
  • Pemasang dan Pembaiki Elektronik dan Telekomunikasi
  • Pakar Sumber Manusia
  • Pakar Latihan & Pembangunan
  • Pekerja Pembinaan

Manakala pekerjaan yang akan menjadi demand hingga tahun 2025 adalah seperti:

  • Penganalisis Data dan Saintis
  • Pakar Pembelajaran AI dan Mesin
  • Pakar Data Besar
  • Pakar Pemasaran dan Strategi Digital
  • Pakar Automasi Proses
  • Profesional Pembangunan Perniagaan
  • Pakar Transformasi Digital
  • Penganalisis Keselamatan Maklumat
  • Pembangun Perisian dan Aplikasi
  • Pakar Internet Perkara
  • Pengurus Projek
  • Pengurus Perkhidmatan dan Pentadbiran Perniagaan
  • Pangkalan Data dan Profesional Rangkaian
  • Jurutera Robotik
  • Penasihat Strategik
  • Penganalisis Pengurusan dan Organisasi
  • Jurutera FinTech
  • Pembaiki Mekanik dan Mesin
  • Pakar Pembangunan Organisasi
  • Pakar Pengurusan Risiko

Tambah lagi, golongan yang paling terjejas dek kerana krisis pekerjaan oleh pandemik ini adalah pekerja berpendapatan rendah, wanita, pekerja berkemahiran rendah dan orang muda.

Sumber: World Economic Forum 2020

ERA Muzik Hit Terkini