Pelajar dibenar memasuki ke sekolah dengan berambut panjang, disebabkan perkhidmatan gunting rambut yang masih belum dibenarkan beroperasi.

Meskipun begitu, sebarang arahan baru akan dikemas kini dari semasa ke semasa selepas dua minggu, menurut Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Advertisement
Beliau menjawab pertanyaan merujuk kepada pelajar yang akan menduduki peperiksaan besar SPM, SVM, SKM, STPM, STAM dan DVM tahun 2020 yang akan kembali ke sekolah bermula 20 Januari ini.
"Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah buat membuat keputusan hasil perbincangan dengan sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN), walaupun berambut panjang, pelajar dibenar ke sekolah tanpa tindakan guru kerana kedai gunting masih tidak dibenarkan beroperasi," katanya dalam sidang media pada Jumaat.
Terdahulu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memutuskan sesi persekolahan secara bersemuka yang bermula 20 Januari 2021 bagi seluruh negara hanya melibatkan murid yang akan menduduki peperiksaan besar. Manakala semua murid sekolah rendah dan murid Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 akan mengikuti pembelajaran melalui kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) mengikut kesesuaian guru dan murid bermula 20 Januari 2021.
Sumber: Astro Awani
Foto: Sinar Harian