Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Peraturan Baru Benarkan Pelajar Tidur Awal Walaupun Tak Siap Homework

Satu peraturan baru kini membenarkan pelajar tidur pada jam 10 malam walaupun mereka tidak menyiapkan kerja rumah, nyata telah mencetuskan perdebatan di negara China.

peraturan baru benarkan pelajar tidur awal walaupun tak siap homework

Wilayah Zhejiang telah mencadangkan golongan murid agar tidur awal dengan kebenaran ibu dan bapa.

Advertisement

Menurut cadangan, jam 9 malam adalah waktu tidur bagi pelajar sekolah rendah manakala jam 10 malam adalah bagi pelajar menengah.

Pelan tindakan itu telah diterbitkan menerusi laman Jabatan Pendidikan Zhejiang pada Isnin lalu antara lain menasihatkan ibu bapa agar tidak menggalakkan persaingan antara pelajar.

Namun pelan tindakan itu telah membimbangkan ibu dan bapa kerana mereka khuatir anak mereka tidak bersedia untuk ujian atau peperiksaan bagi memasuki kolej dan universiti.

Sumber: Sinar Harian

ERA Muzik Hit Terkini