Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Pelajar IPT Terkandas Di Kampus Mula Pulang Isnin Ini

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan bersetuju untuk menghantar pulang 53,000 penuntut institut pengajian tinggi (IPT) ke kampung halaman masing-masing bermula Isnin depan, 27 April 2020.

pelajar ipt terkandas di kampus mula pulang isnin ini

Penghantaran itu akan berjalan secara berperingkat dan akan melibatkan prosedur operasi standard (SOP).

Advertisement

"Mesyuarat khas menteri-menteri pagi tadi bersetuju membenarkan penghantaran pulang pelajar IPT yang terkandas di kampus dan rumah sewa masing-masing bermula 27 April ini.

"Namun, waktu perjalanan dihadkan antara 9 malam hingga 9 pagi saja bagi mengelak kesesakan pada waktu siang.

"Kita arahkan pelajar yang ingin pulang menjalani saringan gejala sebelum menaiki bas dan mereka dibekalkan makanan dan penutup mulut dan hidung.

"Kita akan pastikan penjarakkan sosial dalam bas. Jika bas muat 40 penumpang hanya 20 penumpang saja dibenarkan naik bas.

"Pelajar itu akan diambil dari kampus dan dibawa terus ke balai polis dan pejabat daerah sebelum dihantar ke rumah masing-masing oleh agensi kerajaan berkaitan.

"Bagi yang menaiki kenderaan sendiri tidak dibenarkan merentas negeri dan hanya memandu seorang dalam kenderaan," katanya.

Katanya lagi, peringkat awal penghantaran pulang yang ditanggung sepenuhnya kerajaan ini hanya membabitkan daripada kampus atau rumah sewa ke zon hijau sahaja.

Tambah lagi, bagi pelajar Sabah dan Sarawak, ia akan dilakukan dengan kerjasama kerajaan negeri.

Sumber: Astro Radio News / Awani / Metro

ERA Muzik Hit Terkini