Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Pelajar IPT Sepenuhnya Kembali Ke Kampus Oktober Ini

Pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) dibenarkan kembali ke kampus secara berperingkat mulai bulan ini, dengan kemasukan sepenuhnya pada Oktober depan.

pelajar ipt sepenuhnya kembali ke kampus oktober ini

Menurut Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Noraini Ahmad berkata, kebenaran berkenaan adalah dipersetujui pada Mesyuarat Jemaah Menteri, hari ini.

Advertisement

Intipati Sidang Media Menteri Pengajian Tinggi Dato Dr. Noraini Ahmad:

- Kerajaan telah memberi kebenaran untuk empat lagi kategori pelajar kembali ke IPT secara berperingkat mulai bulan ini.

- Kategori Pertama : Pelajar tempatan di IPT swasta (IPTS) sebanyak 30 peratus.

- Kategori Kedua : Pelajar tahun satu hingga empat di universiti awam (UA) dalam bidang pengajian yang memerlukan latihan klinikal, latih amal, praktikal, bengkel, makmal, studio atau peralatan khas serta mereka yang perlu menduduki peperiksaan badan profesional

- Kategori Ketiga : Pelajar tahun satu hingga empat di UA yang tiada akses Internet atau persekitaran kondusif, seperti ruang belajar yang sempit atau keadaan tidak selesa bagi melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara dalam talian

- Kategori Keempat : Pelajar antarabangsa dari kedua-dua UA dan IPTS, termasuk pelajar baharu

- IPT diberi fleksibiliti dalam menentukan mod pembelajaran yang bersesuaian termasuklah meneruskan PdP secara dalam talian kepada pelajar-pelajar yang terlibat mengikut keperluan program masing-masing

- Kemasukan pelajar sepenuhnya adalah pada Oktober 2020

- Pelajar yang pulang ke kampus diminta untuk terus mengamalkan penjarakan sosial dan sentiasa mengamalkan kebersihan diri

- Semua aktiviti sukan dan riadah perlu mematuhi SOP yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Belia dan Sukan

- Aktiviti pelajar dibenarkan dengan syarat aktiviti tersebut tidak melebihi 250 orang tertakluk kepada saiz, ruang dan penjarakan sosial.

Sumber: Astro Radio News

ERA Muzik Hit Terkini