Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Kurung Diri Dalam Rumah, Pelajar Lari Dari Sekolah Sebab Takut Nak Kena Inject

Tidak dinafikan ramai antara kita yang takut untuk menerima injection atau suntikan ketika disekolah. Masihkah anda ingat dengan injection yang anda terima suatu ketika dahulu?

Disebabkan perasaan takut untuk menerima suntikan, seorang pelajar lelaki sanggup lari dari sekolah dan mengurung dirinya dirumah. Video berkenaan telah dimuatnaik menerusi laman Facebook Nur Izzaty Mohammad.

Advertisement

kurung diri dalam rumah, pelajar lari dari sekolah sebab takut nak kena inject

Video berkenaan menunjukkan cikgu sekolah bertanya sama ada dia sudah dicucuk mahupun belum. Sambil menangis, pelajar itu menjawab belum lagi.

Pelajar berkenaan terus menangis menyebabkan cikgu-cikgu ‘give up’. Tidak dapat dipastikan sama ada pelajar tersebut berjaya mendapat suntikan ataupun tidak.

Sumber: Facebook

ERA Muzik Hit Terkini