Seorang pelajar Malaysia, Lisa Nurmarini Mohd Kamal, yang menyambungkan pelajarannya di University of Wisconsin-Madison (UW-Madison), Amerika Syarikat, menjadi tumpuan apabila dilantik bagi memberikan ucapan sewaktu majlis graduasi universitinya baru-baru ini.

Graduan jurusan Geologi itu menjulang nama Malaysia kerana peluang memberi ucapan itu bukanlah sesuatu yang kecil. Hanya mereka yang terpilih sahaja dapat berdiri di hadapan lebih 7000 orang penonton, termasuk 1,200 lepasan ijazah UW-Madison.
Advertisement

When the going gets tough, channel your inner @Lin_Manuel.
— UW-Madison (@UWMadison) December 16, 2019
Lisa Kamal did exactly that to cope with the stresses of school before treating her fellow graduates to #Hamilton lyrics of her own on the #UWGrad stage. You’re an inspiration to us all, @AM1DALA! https://t.co/yGnMAOZd7i pic.twitter.com/3x9aDUpUBU
Di dalam ucapannya, beliau berkongsi pahit getir dalam melalui rintangan yang dihadapinya sewaktu mengejar segulung ijazah sarjana muda itu. Sewaktu tahun-tahun awalnya menuntut di universiti tersebut, beliau melalui suatu fasa di mana kekuatan emosinya agak terganggu. Beliau terpaksa meminta bantuan kaunseling yang dibekalkan oleh pihak universiti.
Video ucapan oleh Lisa Kamal ini telah mencuri perhatian ramai yang rata-rata memuji dan meluahkan rasa bangga atas pencapaian beliau. Terbaiklah!