Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Pelajar Maut Digilis Lori Sewaktu Pulang Dari Universiti

Seorang penuntut sebuah universiti swasta di Pasir Gudang maut, selepas percubaan untuk memotong sebuah lori gagal, yang menyebabkan motosikal yang ditunggangnya hilang kawalan.

Kemalangan maut pada pukul 3.25 petang di Kilometer 9, Lebuhraya Pasir Gudang menghala ke Perling itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat.

Advertisement

Kemalangan dipercayai berlaku sewaktu mangsa yang berusia 23 tahun dalam perjalanan dari universiti ke Iskandar Puteri.

“Sewaktu kejadian hujan dan permukaan jalan basah. Apabila sampai di tempat kejadian, mangsa  memotong di sebelah kanan sebuah lori yang dipandu lelaki warga tempatan berumur 36 tahun.

“Ketika memotong mangsa dipercayai hilang kawalan dan terjatuh di bawah lori di lorong kiri, menyebabkan kepala mangsa digilis tayar sebelah kanan belakang lori tersebut,” katanya dalam kenyataan.

Pemandu lori tidak cedera dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 

 

ERA Muzik Hit Terkini