Tahniah kami ucapkan kepada Muhamad Saiful Hakimi Daud, 24, dari Sungai Petani Kedah kerana dianugerahkan Marshal Kehormat Kejuruteraan College of Earth and Mineral Sciences, di Pegula Ice Arena, Pennsylvania State University baru-baru ini.

Beliau dipilih untuk menerima anugerah berkenaan dengan skor Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 4.0.
Advertisement

Rata-rata komen memuji pelajar ini dan mengagumi pencapaian beliau hingga diperingkat universiti antarabangsa.

Tahniah Saiful!
