Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Pelajar IPT Tidak Dibenarkan Pulang Ke Zon Merah Dan Kawasan PKPD

Penutut IPT yang ingin pulang ke rumah mereka yang berada dalam kawasan zon merah dan kawasan yang dikenakan arahan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), adalah dilarang untuk pulang.

Memetik laporan Awani, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, arahan yang sama juga tertakluk kepada penuntut yang berada di zon merah dan mahu pulang ke rumah mereka di zon hijau.

Advertisement

pelajar ipt terkandas di kampus mula pulang isnin ini

“Walau bagaimanapun kita sedang berbincang, sebagai contoh pelajar di kampus nak balik ke zon hijau dan balik ke Simpang Renggam, yang mana masih di dalam PKPD, tentu sahaja kita tak boleh benarkan.

“Kita sudah berbincang tadi supaya mungkin mereka boleh balik ke zon hijau di rumah keluarga terdekat seperti abang (kandung) atau rakan-rakan mereka yang berada di Kawasan tersebut,”, katanya.

Terdahulu, Ismail Sabri memaklumkan pelajar IPT dibenarkan pulang ke kampung secara berperingkat, bermula Isnin, membabitkan seramai 53,000 pelajar.

Sumber: Awani

ERA Muzik Hit Terkini