Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah mengesahkan bahawa salah seorang pelajarnya didapati positif COVID-19.

Advertisement
Menurut satu kenyataan akhbar, Naib Canselor UiTM, Prof. Emeritus Datuk Ir Dr. Mohd Azraai Kassim berkata, pelajar berkenaan dijangkiti oleh ayahnya yang terlebih dahulu positif COVID-19. Bapa pelajar terbabit mendapat jangkitan melalui kontak rapat iaitu saudaranya yang menyertai perhimpunan tabligh di Masjid Sri Petaling.
Pelajar yang kini sedang dirawat di Hospital Kuala Lumpur pernah menghadiri kuliah pada 15 Mac 2020 dan apabila mendapati dirinya positif COVID-19, beliau telah memaklumkan perkara berkenaan kepada pensyarahnya.
Pihak UiTM telah memaklumkan perkara berkenaan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk melakukan pembersihan dan pembasmian kuman di kelas dan kawasan berkaitan.
Universiti Teknologi MARA(UiTM) hari ini mengesahkan bahawa seorang pelajarnya telah didapati positif COVID-19 pada 20 Mac 2020. pic.twitter.com/Wpk4Q4nx0t
— Astro Radio News (@AstroRadioNews) March 21, 2020
Sumber: Kenyataan Media UiTM