Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Pelajar Universiti Dari China Tertangkap Meludah Dalam Kolam Renang Apartment Di Cheras

Memetik laporan dari World Of Buzz, seorang pelajar yang dipercayai dari negara China telah dilihat melakukan perbuatan yang agak keji dan menjijikkan.

pelajar universiti dari china tertangkap meludah dalam kolam renang apartment di cheras

Mana tidaknya, pelajar ini dirakam meludah air liurnya ke dalam kolam renang di sebuah kediaman apartment yang terletak di Cheras.

Advertisement

Menerusi perkongsian itu, gadis tersebut dilihat melakukan perbuatan berkenaan pada 25 Februari 2020, sekitar jam 3.30 petang.

Dalam video tersebut, jelas kelihatan pelajar tersebut berkumur dan membuang air dalam mulutnya ke dalam kolam itu sekali lagi. Perkara ini mendapat perhatian pengawal keselamatan yang menyuruhnya untuk berhenti melakukan perbuatan itu.

pelajar universiti dari china tertangkap meludah dalam kolam renang apartment di cheras

Walaupun telah dihalau, pelajar ini dilihat kembali dengan air botol yang baru dan mengulangi kembali perbuatan berkumur dan meludah ke dalam kolam berkenaan.

pelajar universiti dari china tertangkap meludah dalam kolam renang apartment di cheras

Sehingga kini masih tidak diketahui niat dan tujuan gadis ini melakukan perbuatan itu, namun ia wajar diambil serius oleh seorang pihak dan tidak boleh dipandang remeh.

Sumber:  World Of Buzz.

ERA Muzik Hit Terkini