Filem ‘Peninsula’ adalah antara filem yang amat dinanti-nantikan kerana ia dikatakan sekuel kepada filem Train To Busan yang pernah menjadi hits seluruh dunia beberapa tahun lalu.

Filem bertemakan pasca-zombi apokalips ini juga telah menemui penonton di Malaysia sejak semalam (15 Julai) dibeberapa pawagam terpilih seluruh negara.
Advertisement

Rata-rata penonton yang sudah menonton filem penuh aksi itu mengatakan filem ini cukup memuaskan dan menyedihkan.
Namun apa yang tidak diketahui tentang filem dari Korea Selatan ini adalah penampilan kameo dari seorang pelakon teater Malaysia.
Pelakon, Hairul Azreen menerusi Instagram juga berkongsikan dirinya bergambar bersama pelakon berkenaan, Bella Rahim sambil menyifatkan dirinya bertuah kerana dapat berlakon di samping pelakon Korea dalam filem Peninsula dan bersama krew perfileman antarabangsa.

Malah, Bella Rahim juga dikatakan bakal berada dipementasan teater di Noeway pada tahun hadapan. Memang terbaik!
Sumber: Twitter / Instagram