Jika sebelum ini pihak berkuasa India dilihat mengenakan denda ketuk ketampi dan sebat sebagai hukuman kepada rakyatnya yang ingkar kepada perintah kawalan pergerakan, kali ini mereka mengenakan denda yang berbeza kepada pelancong asing.
Menurut laporan, terdapat 10 rakyat asing didapati melanggar arahan disebuah bandar di India, menyebabkan mereka di denda menulis pemohonan maaf sebanyak 500 kali.
Advertisement

Arahan sekatan perjalanan dikuatkuasakan di negara itu tidak hanya terhad kepada rakyatnya, malah kepada semua termasuk rakyat asing.

Pelancong-pelancong yang ditahan adalah termasuk dari Mexico, Australia serta Austria ketika mereka dilihat sedang bersiar-siar di bandar Rishikesh yang terkenal kerana pernah dikunjungi oleh kumpulan Beatles pada 1968.
Menurut pegawai polis tempatan, pelancong berkenaan diarahkan untuk menulis 'Saya tidak mematuhi peraturan kawalan pergerakan, oleh itu saya minta maaf sangat' sebanyak 500 kali.
Meskipun ia nampak pelik, namun hukuman itu bertujuan memberi pengajaran kepada mereka.
Sumber: The Indian Express