Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Wang Dah Habis, Pelancong Asing Terpaksa Kuarantin Diri Dalam Gua

Akibat daripada kehabisan wang untuk menyewa hotel dan rumah penginapan, sekumpulan pelancong menjadikan gua sebagai pusat kuarantin diri susulan daripada wabak COVID-19.

wang dah habis, pelancong asing terpaksa kuarantin diri dalam gua

Kejadian yang berlaku di daerah Rishikes, India, kumpulan pelancong berkenaan sudah hampir sebulan menjadikan lokasi tersebut sebagai pusat kuarantin mereka.

Advertisement

Mereka yang terdiri daripada empat lelaki dan dua wanita dari Perancis, Turki, Ukraine, Amerika Syarikat dan Nepal, sebelum ini menginap di sebuah hotel, sebelum kehabisan wang dan terpaksa berlindung di gua tersebut.

“Mereka tinggal di gua tersebut sejak 24 Mac lalu dan polis menemui mereka pada Ahad. Mereka kemudian dipindahkan ke Swarg Ashram dekat Rishikesh.

“Kami telah mengarahkan mereka menjalani kuarantin selama dua minggu sebagai langkah berjaga-jaga. Namun, kumpulan tersebut kelihatan sihat,” katanya seperti dilaporkan CNN.

Kumpulan pelancong itu menggunakan baki wang sedia ada untuk membeli makanan dan barangan keperluan lain.

Ekoran daripada itu, pihak berkuasa India turut melancarkan laman web khas bagi menghulurkan bantuan kepada pelancong asing yang terkandas di negara itu sepanjang tempoh perintah berkurung yang dijangka berakhir pada 3 Mei.

Sumber: Awani

ERA Muzik Hit Terkini