Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Pelanggan Terkejut Jumpa Face Mask Dalam Makanan Dipesan Bungkus Dari Kedai

Seorang pelanggan meluahkan rasa tekejut selepas menemui sekeping topeng tutup mulut dan hidung dalam makanan yang dipesan olehnya dari sebuah kedai di China.

pelanggan terkejut jumpa face mask dalam makanan dipesan bungkus dari kedai

Mr Yang, dari Shanghai telah memesan makanan secara bungkus dari sebuah restoran di jalan Jiujiang pada 20 Mac lalu.

Advertisement

Makanan yang dipesan bungkus olehnya itu terdiri daripada ikan rebus bagaimanapun hadir bersama-sama 'menu ekstra' iaitu topeng penutup mulut dan hidung, dipercayai milik tukang masak restoran terbabit.

pelanggan terkejut jumpa face mask dalam makanan dipesan bungkus dari kedai

Tambah menyedihkan, lelaki berkenaan sudah makan separuh jalan sebelum dia dan isterinya menemui face mask terbabit.

Mr Yang segera membuat aduan kepada pihak restoran dan pihak restoran memohon maaf atas kejadian terbabit lalu menawarkan ganti rugi dan juga wang tambahan. Bagaimanapun Mr. Yang telah menolak ganti rugi terbabit.

Sumber: Daily Star

ERA Muzik Hit Terkini