Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Pelanggan Terkejut Jumpa Jari Manusia Dalam Burger, Restoran Makanan Segera Diarah Tutup

Seorang wanita di Bolivia terkejut apabila menemui jari manusia dalam burger yang dipesan di sebuah restoran makanan segera.

Kejadian yang berlaku pada minggu lalu membuatkannya tidak percaya ketika sedang menikmati makanan di Hot Burger, sebuah restoran makanan segera popular.

Advertisement

 pelanggan terkejut jumpa jari manusia dalam burger, restoran makanan segera diarah tutup

Menerusi hantaran di laman Facebook, Estefany Benitez memaklumkan dia menemui ada jari manusia terselit dalam lapisan daging dan sayuran burger itu dan bertindak membuat aduan kepada pekerja restoran berkenaan.

Perkongsiannya tular di media sosial sehingga menarik perhatian pegawai atasan dalam pengurusan restoran dan pentadbiran kerajaan.

 pelanggan terkejut jumpa jari manusia dalam burger, restoran makanan segera diarah tutup

Menurut jurucakap restoran, dia menegaskan kejadian yang berlaku adalah luar jangkaan pihaknya dan mengesahkan jari itu milik salah seorang pekerja yang mengalami kecederaan semasa proses penyediaan makanan.

Kini, pihak kerajaan telah mengarahkan restoran itu ditutup buat sementara waktu dan dikenakan denda.

Namun, pelanggan yang mengalami situasi itu masih tidak mengetahui akan mengambil tindakan undang-undang atau tidak.

Sumber: Daily Mail
 

ERA Muzik Hit Terkini