Apakah yang sanggup anda lakukan demi sekalung emas?
Seorang pelari yang bersaing dalam cabaran 400 meter berhalangan pada Kejohanan Larian & Lapangan 2019 SEC pada hari Sabtu lalu melakukan sesuatu diluar jangkaan apabila dia sanggup melompat ala superman bagi memenangi perlumbaan itu.
Advertisement

Dikenali sebagai Infinite Tucker, beliau menamatkan perlumbaan bagi memegang gelaran juara, mendahului rakan sepasukannya, Robert Grant.


"Lihat. Saya menutup mata saya bermula pada halangan ke-10.
“Kemudian saya membukanya, saya nampak ibu di garis penamat dan terus melompat untuk memeluknya,” kata Tucker selepas perlumban.
