Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Pelitup Muka Fabrik Tak Boleh Halang Varian Baharu COVID-19? Ini Kata WHO

Sebelum ini, Jerman dan Austria telah menguatkuasakan undang-undang pemakaian pelitup muka jenis perubatan di pengangkutan awam serta kedai berbanding pelitup muka fabrik.

pelitup muka fabrik tak boleh halang varian baharu covid-19? ini kata who

Advertisement

Ia susulan kebimbangan penularan varian baharu COVID-19 dengan pemakaian pelitup muka jenis fabrik yang dikatakan kurang berkesan menghalang penularan virus ini.

Walaubagaimana pun, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) tidak bercadang menukar garis panduan berhubung pemakaian pelitup muka fabrik kerana beberapa varian baharu mungkin lebih cepat menular, tetapi 'berdasarkan kajian di Britain dan Afrika Selatan, tiada bukti bahawa cara penularannya sudah berbeza'.

WHO menambah pelitup muka fabrik boleh digunakan oleh orang awam berusia 60 tahun dan ke bawah dan mereka yang tidak mempunyai penyakit.

Bagaimanapun, bagi petugas kesihatan, mereka berusia 60 tahun ke atas, mereka yang bergejala, individu yang masih menunggu keputusan COVID-19, individu yang disahkan positif serta kontak rapat perlu memakai pelitup muka perubatan memandangkan golongan ini berisiko tinggi untuk dijangkiti COVID-19.

Pemakaian pelitup muka perubatan kepada orang ramai juga tertakluk kepada negara-negara untuk menguatkuasakan peraturan berhubung perkara itu mengikut langkah yang difikirkan sesuai.

Sumber: FMT / WHO

ERA Muzik Hit Terkini