Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Dunia Ada Peluang Kedua Tamat Wabak COVID-19 Jika Buat 6 Tindakan Ini - WHO

Menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan atau darurat semata-mata bukanlah kaedah yang boleh menamatkan pandemik COVID-19.

dunia ada peluang kedua tamat wabak covid-19 jika buat 6 tindakan ini - who

Sebaliknya, kawalan pergerakan adalah bertujuan bagi mengurangkan tekanan yang dihadapi petugas hospital, dan juga bagi memutuskan jangkitan COVID-19.

Advertisement

"Meminta penduduk supaya kekal berada di rumah ialah tindakan melengahkan dan mengurangkan tekanan terhadap sistem kesihatan. Tetapi, kaedah ini semata-mata tidak akan menamatkan epidemik ini," kata Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Dr Tedros Adhanom Ghebre-Yesus.

Menurut beliau lagi, pendekatan lebih spesifik adalah perlu dilakukan bagi mengelakkan virus ini terus merebak.

"Kami menyeru semua negara yang telah memperkenalkan 'lockdown' (langkah menghentikan operasi) supaya menggunakan masa ini untuk memerangi virus berkenaan,"

"Anda telah mencipta peluang kedua. Persoalannya, bagaimana anda menggunakannya?", tambahnya lagi sambil menggariskan enam pendekatan yang perlu diambil semua negara di dunia dalam memerangi virus itu:

1. Memperluas, melatih dan mengerahkan tenaga kerja penjagaan kesihatan dan awam

2. Melaksanakan sistem untuk mengesan setiap kes yang disyaki di peringkat komuniti

3. Meningkatkan kapasiti pengeluaran dan ketersediaan ujian

4. Mengenal pasti, menyesuai dan melengkapkan kemudahan yang diperlukan untuk merawat serta mengasingkan pesakit

5. Membangunkan rancangan serta tindakan yang jelas untuk mengkuarantin kontak; dan

6. Menggerakkan seluruh jentera kerajaan untuk fokus kepada usaha mengekang dan mengawal COVID-19.

Untuk perkembangan terkini tentang COVID-19, anda boleh klik di sini.

Sumber: Awani

ERA Muzik Hit Terkini