Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Peluh Melimpah Keluar Macam Banjir Lepas Doktor Ini Buka PPE

Bukan satu perkara mudah untuk bertugas dengan mengenakan pakaian perlidungan diri (PPE) dalam menangani wabak COVID-19.

Ia dapat dilihat dengan lebih jelas menerusi video pendek yang tular menunjukkan limpahan peluh keluar daripada PPE seorang doktor bertugas di Urumqi, Xinjiang dekat China baru-baru ini.

Advertisement

peluh melimpah keluar macam banjir lepas doktor ini buka ppe

Dilaporkan doktor wanita berkenaan sedang berehat sebentar dan duduk di kerusi sambil menanggalkan penutup plastik biru pada bahagian kakinya.

Rakaman itu menunjukkan peluh melimpah keluar sehingga membasahi lantai apabila doktor itu menarik PPE bahagian kaki selepas plastik biru ditanggalkan.

Selepas tularnya video ini, doktor wanita itu terus dianggap sebagai ‘hero’ oleh beberapa pengguna media sosial China.

Sumber: India Times

ERA Muzik Hit Terkini