Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Insiden Gajah Makan Nenas Diisi Bahan Letupan, Ramai Pelukis Cipta Lukisan Khas Buatnya

Baru-baru ini tular insiden dimana seekor gajah di Kerala, India, ditemui mati dalam sungai selepas memakan nenas yang diisi dengan bahan letupan.

kesian! gajah hamil ditemui mati berdiri lepas makan nenas diisi bahan letupan

Lebih memilukan, gajah berkenaan sedang bunting, ditemui dalam keadaan berdiri dalam air, dipercayai bagi mengurangkan rasa sakit sebelum mati disitu.

Advertisement

insiden gajah makan nenas diisi bahan letupan, ramai pelukis cipta lukisan khas buatnya

Insiden berkenaan nyata memberi kesan kepada ramai pihak yang rata-ratanya mahu keadilan yang sewajarnya diberikan atas kematian haiwan terbabit.

Malah, ganjaran sehingga Rs 50,000 (kira-kira RM2,828) akan diberikan kepada sesiapa yang dapat memberikan maklumat berkenaan insiden gajah ini oleh Humane Society International India.

kesian! gajah hamil ditemui mati berdiri lepas makan nenas diisi bahan letupan

Disamping itu, ramai pelukis diseluruh dunia menzahirkan rasa sedih dengan mencipta pelbagai bentuk lukisan dan grafik, selain untuk memberi kesedaran kepada orang ramai akan penderaan haiwan yang tidak berdosa seperti gajah ini.

insiden gajah makan nenas diisi bahan letupan, ramai pelukis cipta lukisan khas buatnya

insiden gajah makan nenas diisi bahan letupan, ramai pelukis cipta lukisan khas buatnya

Sedih weh!

Sumber: WOB

ERA Muzik Hit Terkini