
Pemain kem badminton China perseorangan, Zhang Zhi Jie meninggal dunia ketika menyertai Kejohanan Badminton Remaja Asia (BAJC) di Yogyakarta, Indonesia, sekitar jam 12.20 tengah malam tadi.
Advertisement
Zhi Jie terlihat sedang menunggu pukulan servis daripada pemain lawan, sebelum tiba-tiba rebah di gelanggang Ketika beraksi.
“Selepas beliau rebah, pasukan perubatan kemudian bergegas memberi bantuan awal dan terus dikejarkan ke hospital dengan menggunakan ambulans, namun meninggal dunia pada jam 23.20 waktu tempatan”, menurut sebuah kenyataan yang dikongsi oleh Badminton Asia dan Persatuan Badminton Seluruh Indonesia (PBSI).
Badminton Asia, PBSI dan Jawatankuasa Penganjur merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Zhi Jie dan Persatuan Badminton China (CBA).
Sumber: Sinar Harian