Angka kematian dan jumlah pesakit positif wabak Covid-19 atau koronavirus semakin meningkat di Itali, menjadikan negara itu sebagai negara Eropah paling tinggi jumlah pesakit.

Ia termasuk empat orang pemain daripada pasukan bolasepak Juventus turut dilaporkan positif wabak berkenaan, menyebabkan pasukan ini meletakkan kesemua pemain bawah 23 tahun mereka ke pusat kuarantin selepas pemain-pemain mereka menunjukkan tanda-tanda simptom penyakit itu.
Advertisement
Juventus menyatakan keputusan ini selepas berkunjung ke Pianese dalam aksi Serie C yang berkesudahan dengan Juventus menang 1-0.

Banyak kawasan mulai terjejas di Itali termasuk Lombardy, Veneto dan Emilia-Romagna, manakala Bergamo dan Milan.
Disebabkan itu jugalah, perlawanan antara Juventus dan Inter Milan pada Sabtu ini terpaksa ditunda sehingga Mei depan.
Sumber: SportFEAT