Baru-baru ini, seorang pemain bola sepak tanah air terbabit kes rogol seorang gadis pada Mei lalu direhatkan daripada menyertai sesi latihan pasukan dan perlawanan Liga Premier.
Menurut Ketua Pegawai Operasi Kelantan United FC, Wan Mohd Zul Ikman Wan Abdul Aziz berkata, pemain berusia 28 tahun terbabit direhatkan berkuat kuasa serta-merta sehingga tempoh dimaklumkan kelak.
Advertisement

Malah, pasukan itu memberi sepenuh kepercayaan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan tindakan lanjut mengikut undang-undang.
Pihaknya juga mengesahkan isu rogol terbabit bersabit dengan pemain mereka.
“Pasukan menunggu laporan penuh berhubung kes berkenaan dan sentiasa mengutamakan undang-undang negara.
“Pihak pengurusan pasukan berpendirian tidak akan bertolak ansur dengan sebarang perlakuan tidak bermoral oleh mana-mana pihak dalam pasukan ini,” katanya dalam satu kenyataan kepada akhbar pada Isnin.
Tambahnya, pihak pengurusan akan mengambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang dan terma yang dipersetujui dalam kontrak sekiranya pemain tersebut dibuktikan bersalah.
Sumber: Awani