Kelab bolasepak dari Sepanyol, Valencia mengesahkan 35 peratus daripada individu dalam kelab terbabit adalah positif COVID-19.

Pengesahan dibuat selepas terdapat lima kes wabak berkenaan berjangkit dalam kalangan pemain dan kaitangan skuad utama selepas Ezequiel Garay, Jose Gaya dan Eliaquim Mangala mengesahkan saringan mereka.
Advertisement
Pasukan berkenaan juga telah bertemu dengan Atalanta di Itali pada 19 Februari lalu, iaitu negara Eropah yang paling teruk terjejas ekoran daripada pandemik berkenaan.
"Beberapa ujian lanjut terhadap COVID-19 dalam kalangan barisan kejurulatihan dan pemain Valencia adalah positif.
"Kesemua kes tidak menunjukkan sebarang gejala dan mereka yang terlibat kini dikuarantin di rumah, diberikan ubat dan mengikut panduan latihan yang telah diberikan kepada mereka.
"Walaupun prosedur ketat telah diketengahkan oleh kedua-dua kelab itu dalam perlawanan Liga Juara-Juara (UCL) menentang Atalanta di Milan pada 19 Februari -- wilayah yang disahkan sebagai 'berisiko tinggi' oleh pihak berkuasa Itali, sehari kemudian -- termasuk menjarakkan antara skuad dengan pekerja kelab mahupun orang awam, keputusan terkini menunjukkan bahawa perlawanan itu terdedah kepada wabak tersebut dengan kadar saringan positif sekitar 35 peratus.", dedah kenyataan itu.
Dalam perkembangan lain, Sepanyol telah mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan, menyebabkan perlawanan LaLiga terpaksa ditunda.
Sebanyak 9,682 kes COVID-19 melibatkan 342 kematian dilaporkan di Sepanyol.
Sumber: Awani