Kecoh di media sosial apabila tular kejadian seorang pemandu bas didakwa tidak mengambil seorang penumpang menaiki bas berkenaan walaupun telah dikejar.
Menurut ciapan pemilik akaun @azlanalanlan, dia berkongsi gambar seorang lelaki menyandang beg sambil duduk sendirian di stesen bas yang terlepas bas.
Advertisement

Malah, lelaki berkenaan juga tidak dapat menaiki bas tersebut akibat pemandu bas menutup pintu biarpun sudah dalam jarak dekat.
Susulan itu, Rapid Bus Sdn Bhd (Rapid Bus) tampil menjelaskan isu terbabit dan memohon maaf atas kejadian tersebut.
Dilaporkan, insiden dipercayai berlaku sekitar jam 3.10 petang di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur dan siasatan lanjut sedang dijalankan terhadap pemandu tersebut.
π₯ππ£ππ ππ¨π¦ π¦πππ¦ππ§ ππππ£ππ‘ π§π¨πππ₯ π ππππππ§πππ‘ πππππ§ππ‘πππ‘
β RapidKL 03-78852585 (@MyRapidKL) April 10, 2022
Kuala Lumpur, 10 April β Susulan sebuah ciapan di Twitter yang tular di media sosial semalam, Rapid Bus Sdn Bhd, pengoperasi bas henti-henti Rapid KL telah melancarkan siasatan pic.twitter.com/lYvh6UeJ87
Rapid Bus mengambil isu ini dengan serius kerana ia membabitkan etika dan tanggungjawab kakitangan syarikat pengendali berkenaan.
Jika pemandu tersebut didapati bersalah, tindakan tatatertib dan tindakan susulan akan diambil agar insiden sama tidak berulang.