Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Video Polis Tahan Pemandu Usia 10 Bulan Tarik Perhatian Ramai

Seorang anggota polis di Florida, Alex Kipp baru sahaja pulang daripada bekerja, ternampak anaknya, Talynn yang berusia 10 bulan sedang ‘memandu’ di laluan yang salah.

video polis tahan pemandu usia 10 bulan tarik perhatian ramai

Advertisement

Video yang tular dilaman sosial itu menunjukkan anggota polis berkenaan meminta lesen ‘memandu’ kepada anaknya selepas di ‘tahan’.

Tindakan Kipp itu nyata mencuri hari orang ramai yang rata-rata terhibur melihat aksi mereka.

video polis tahan pemandu usia 10 bulan tarik perhatian ramai

Video yang dimuatnaik oleh ibu Talynn, Challe Elizabeth itu tidak dirancang dan hanya memberitahu suaminya bahawa mereka sekadar bersiar-siar diluar rumah.

Video yang kemudian dikongsi oleh Jabatan Polis Orlando itu menjadi tular dan berita baiknya ‘pesalah’ itu tidak dikenakan sebarang hukuman.

ERA Muzik Hit Terkini